SOALAN OBJEKTIF
Definisi:
- Merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
- Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).
- Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
- Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:1.Item respon bebas 2.Item respon tetap (item objektif pilihan)
- Item respon bebas:
~Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri.
~Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan.
~Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan. - Contoh:
- Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
- Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
- Item respon tetap (item jenis pilihan):
~Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat.
~Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
~Jenis soalan respon tetap:
- Format salah betul
- Padanan
- Aneka pilihan
- Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
- Contoh:
- Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Padanan:
- Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan.
- Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab.
- Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
- Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
- Jenis item aneka pilihan:
- Berbentuk soalan
- Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
- Analogi
- Antonim
- Jenis negatif
- Mengisi tempat kosong
- Jenis campuran
- Teknik kloz
- Mengelaskan
Panduan pembinaan:
- Pokok soalan (stem)
- Bahasa mudah difahami
- Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
- Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
- Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
- Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.
3. Pilihan jawapan
- Jawapan yang disediakan haruslah logik.
- Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
- Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
- Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
- Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
- Tiada perkataan yg berulang
- Pastikan satu jawapan shj yg betul
4. Distraktor (penganggu jawapan)
5. Struktur item (roman & abjad)
Kelebihan:
- Mudah disemak
- Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
- Menguji banyak topik
- Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
- Mengukur proses mental yang tinggi
- Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
- Potensi untuk meneka jawapan tinggi
- Sukar untuk dibina
- Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
- Calon bijak tidak perlu belajar banyak
- Tidak dapat mengukur keaslian
SOALAN SUBJEKTIF
Definisi :
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
- Terdapat dua jenis:
- Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
- Tindak balas lanjutan (esei)
- Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
- Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan.
- Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang.
- Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei:
- Aras kesukaran soalan hendaklah setara.
- Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga.
- Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Panduan Pembinaan Item Subjektif:
- Membentuk JSU
- Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
- Tugas / arahan soalan jelas
- Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
- Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
- Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
- Sediakan satu skema pemarkahan.
- Mudah digubal
- Sesuai untuk semua mata pelajaran
- Sesuai untuk semua aras taksonomi
- Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
- Mengurangkan konsep meneka.
- Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
- Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
- Bidang yg diuji terhad
- Soalan boleh diramal
- Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
- Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.
0 comments:
Post a Comment