BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 29, 2010

interaksi 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN:

  • Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu.
  • Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
KONSEP:
  • Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
  • Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :
  1. Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  2. Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  3. Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  4. Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  5. Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
  • Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.
FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN:

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :
  • mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
  • kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
  •  bukti menunjukkan objektif tercapai
  • bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
  • Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
  • Menghasilkan kerja yang terancang
  • Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya
BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ? :
  • Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
  1. Penilaian objektif tugasan:
    ~ Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
    ~ Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
    ~ Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
  2. Hasil Pembelajaran:
    ~ Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
    ~ Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
  3. Penilaian:
    ~ Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
    ~ Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
    ~ Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
    ~ Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.
FORMAT / BENTUK KONTRAK:
  • Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat.
  • Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
  • Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru.
  • Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat.

PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB
  • guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
  • guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
  • guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
  • jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
  • tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

interaksi 6: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH MELALUI PORTFOLIO


Apakah portfolio:

  • Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio:
  • Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
  • Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
  • Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
  • Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
  • Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


Penilaian Portfolio:
  • Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
  • Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
  • Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.


Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:
  • Porfolio kerja harian
  • Portfolio hasil terbaik
  • Portfolio dokumen
Portfolio Kerja Harian
  1. Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
  2. Contohnya: Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
Portfolio Hasil Terbaik
  1. Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
  2. Berbentuk sumatif
  3. Contohnya: Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
Portfolio Dokumen
  1. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
  2. Contohnya: Hasil lukisan daripada warna tersebut.
Kegunaan Portfolio
  1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
  2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
  3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
  4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
  5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.


Perancangan Portfolio:
  • Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
  1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
  2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
  3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
  4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
Bagaimana Portfolio dinilai:
  • Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
  • Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
  • Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.
Merekod Penilaian Portfolio:
  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
  • Kriteria penilaian:
  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

 PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN


  • Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
  • Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
  • Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
  • Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
  • Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
  • Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian:
  1. Kualiti Pemerhatian
  2. Bentuk perancangan
  3. Merekod penilaian pemerhatian
  4. Jenis Pemerhatian
  5. Strategi pelaksanaan
  6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian:
  • Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
  • Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
  • Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
  • Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
  • Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk Perancangan:
  • Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
  • Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
  • Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian:
  • Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
  1. Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
    ~ Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
  2. Menjalankan Tugasan
    ~ Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
  3. Cara merekodkan dapatan dan rumusan
    ~ Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
  4. Tindakan Susulan
    ~ Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot:
  • Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
  1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
  2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
  3. Muzik
  4. Kecekapan (body khanisthetic)
  5. Kecekapan intrapersonal
  6. Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik:
  • Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu:
  • Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik:
  • Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic):
  • Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal:
  • Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal:
  • Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.
Jenis pemerhatian:
  • Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
  1. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
  2. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
  3. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.:
  1. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
  2. Menggunakan senarai semak.
  3. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
  4. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
  5. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
  6. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian:
  • Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar
  • Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.


interaksi 5: JENIS PENILAIAN BAHASA

UJIAN FORMATIF

  • Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka.
  • Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
  • Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
  • Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran.
  • Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar.
  • Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan.
  • Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif:
1.  Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan




UJIAN SUMATIF
  • Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
  • Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
  • Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program.
  • Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu.
  • Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan.
  • Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.



Jadual banding beza antara ujian formatif dengan ujian sumatif







UJIAN BAKAT
  • Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
  • Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu.
  • Adalah dianggapkan bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia.
  • Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa.
  • Dengan itu tidak mungkin dan tidak perlu diuji semua aspek bahasa di dalam satu ujian.
  • Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat dibahagikan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang ingin dipelajari oleh pelajar, umpamanya kemahiran bertutur.

    UJIAN PENCAPAIAN
  • Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran.
  • Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
  • Ujian ini tidak jauh berbeza daripada ujian kemajuan.
  • Ujian pencapaian lebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah.
  • Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti SRP dan SPM.
  • Ujian seperti ini adalah berasakan kepada apa yang dianggap telah dipelajari oleh pelajar.
  • Ujian ini merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
  • Pembentukan ujian itu berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
  • Dalam peperiksaan umum seperti ini, bahan–bahan yang dibentuk biasanya dipra-uji dulu.
  • Tiap-tiap butiran peperiksaan dianalisis melalui proses analisis butiran.
  • Butir-butir yang sesuai dikekalkan dan lain-lain, sama ada dibuang, diubah atau diperbaiki, berasakan analisis tersebut.
  • Kadang-kadang ujian pencapaian digunakan juga sebagai ujian kemajuan, jika tujuannya ialah khas untuk melihat kemajuan pelajar di dalam pelajarannya.


    UJIAN KEFASIHAN
  • Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa.
  • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.
UJIAN KEMAJUAN
  • Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
  • Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
  • Ujian ini kerap digunakan di dalam bilik darjah.
  • Tiap-tiap ujian kemajuan yang di gunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu.
  • Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji.
  • Adalah tidak wajar untuk menggunakan ujian umum seperti SRP untuk memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus di dalam bilik darjah. Jadi, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri.
  • Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu.
  • Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
  • Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya.
  • Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
  • Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif.
  • Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari.
  • Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markat pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi.

interaksi 4: PEMBINAAN UJIAN

SOALAN OBJEKTIF

Definisi:

  • Merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
  • Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).
  • Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
  • Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:1.Item respon bebas 2.Item respon tetap (item objektif pilihan)
  • Item respon bebas:
    ~
    Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri.
    ~
    Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan.
    ~Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
  • Contoh:
  1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
  2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
  • Item respon tetap (item jenis pilihan):
    ~
    Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat.
    ~Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
    ~
    Jenis soalan respon tetap:
  1. Format salah betul
  2. Padanan
  3. Aneka pilihan
Format salah betul:
  • Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
  • Contoh:
  1. Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( )

Padanan:
  • Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan.
  • Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab.
  • Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka Pilihan:
  • Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
  • Jenis item aneka pilihan:
  1. Berbentuk soalan
  2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
  3. Analogi
  4. Antonim
  5. Jenis negatif
  6. Mengisi tempat kosong
  7. Jenis campuran
  8. Teknik kloz
  9. Mengelaskan

Panduan pembinaan:
  1. Pokok soalan (stem)
  • Bahasa mudah difahami
  • Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
  • Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
  • Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
  • Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.
  2.  Bahan ransangan
  3.  Pilihan jawapan
  • Jawapan yang disediakan haruslah logik.
  • Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
  • Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
  • Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
  • Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
  • Tiada perkataan yg berulang
  • Pastikan satu jawapan shj yg betul


  4.  Distraktor (penganggu jawapan)
  5.  Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan:
  • Mudah disemak
  • Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  • Menguji banyak topik
  • Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  • Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan:
  • Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  • Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  • Sukar untuk dibina
  • Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  • Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  • Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF

Definisi :
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

  • Terdapat dua jenis:
  1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
  2. Tindak balas lanjutan (esei)
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur:
  • Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
  • Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan.
  • Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang.
  • Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei:
  • Aras kesukaran soalan hendaklah setara.
  • Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga.
  • Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif:
  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
  1. Tugas / arahan soalan jelas
  2. Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
  3. Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
  4. Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
  5. Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan:
  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan:
  • Bidang yg diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

Wednesday, July 28, 2010

interaksi 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN



Definisi JSU
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.


Kepentingan JSU

  1. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  2. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.
  3. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  4. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  5. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  6. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah-langkah Penyedian JSU


JSU mengandungi maklumat tentang:
  1. Bentuk dan panjangnya ujian.
  2. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji.
  3. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  4. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  5. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
  6. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
  7. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  8. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
Langkah pertama
  1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
  2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.


Langkah dua
  1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
  2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.



Langkah tiga
  1. Menentukan aras kesukaran
  2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
  3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
  1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
  2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format).
Langkah Lima
  1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
  2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah
  3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
  1. Menyatakan matapelajaran
  2. Tingkatan atau kelas
  3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Monday, July 26, 2010

interaksi 2: TAKSONOMI & DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM

  • Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. ia bercorak hierarki iaitu tahap rendah ke tahap tinggi.

  • Guru akan membuat soalan yang pelbagai aras bagi menguji tahap berfikir para pelajar.

  • Kebanyakkan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif bagi pelajar sahaja.

  • Menurut Benjamin S.Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :

  1. pengetahuan

  2. kefahaman

  3. penggunaan

  4. analisis

  5. sintesis

  6. penilaian
ARAS TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM (1956)

  1. Pengetahuan:
    ~ mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teosi, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-laian daripada pembelajaran lepas.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

  2. Kefahaman:
    ~ mengubah kefahaman saripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

  3. Aplikasi:
    ~menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah hukum, teori dan formula.
    ~ membina draf daripada data dan lain-lain.

  4. Analisis:
    ~ sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, keitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

  5. Sintesis:
    ~ menyepadu, mencantum idea menjasi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi.~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

  6. Penilaian:
    ~ membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir atau mengkritik.
    ~ istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan, membuktikan dan kritikan.



DOMAIN KRATHWOHL



  • Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
  • Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
  • Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
  • Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
  • Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :1. Penerimaan
    2.
    Bertindak balas
    3.
    Menilai
    4.
    Organisasi
    5.
    Perwatakan
Penerimaan~ Keinginan dan kesanggupan menerima: (kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)



~ Kesedaran: (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)



~ Perhatian terkawal: (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)



~ Objektif am :

1. Mendengar dengan berhati-hati.

2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.

3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.

4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.

5. Mengambil bahagian dalam aktiviti.



~ Hasil pelajaran spesifik :
1. Menyoal
2. Memilih
3. Menghuraikan
4. Mengikut
5. Menamakan
6. Menggunakan


Bertindak balas



  • Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.
  • Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.
  • Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
  • Terdapat 3 kategori :1.Persetujuaan membalas (Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)2. Kesediaan membalas(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)
  • 3. Kepuasan (Mencapai objektif )
Objektif



1. Am
  • Melengkapkan kerja
  • Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
  • Seronok membantu rakan
  • Melakukan tugas secara sukarela.
2. Spesifik
  • Dapat menulis isi pelajaran
  • Menjawab soalan
  • Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)



Menilai



  • Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
  • Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
  • Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.
  • Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian
  • Kategori :1. Penerimaan- Menerima dan melakukan arahan aktiviti.2. Pilihan- Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.3. Penglibatan- Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.


Organisasi



  • Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
  • Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
  • Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
  • Kategori:1. Penenggapan-Mampu mencipta konsep anstrak.2. Organisasi- Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.
Perwatakan



  • Perubahan tingkah laku positif.
  • Kategori:1.Set up – mengekalkan nilai-nilai
  • 2.Perwatakan – disiplin diri.



Friday, July 23, 2010

interaksi 1: PENTAKSIRAN,PENILAIAN & PENGUJIAN

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJUAN & PENILAIAN




Konsep Pentaksiran:

  • menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
  • tahap, status, dan nilai.
  • proses menilai secara kuantitatif.
  • merangkumi skala ordianal dan skala slang.
  •  kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid.


Konsep Pengujian:
  • cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan.
  • tujuan : mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran.
  • alat mengukur pencapaian (kognitif - struktur bahasa lisan, psikomotor - perubahan tingkah laku, efektif - pencapaian nilai-nilai)
  • penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit (memahami, lisan, menulis)
  • berlaku pada tiga peringkat:~ persediaan~ pelaksanaan~ penyemakan


Konsep Penilaian:
  • penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.
  • prosedur ujian:~ persediaan ujian
    ~
     pentaksiran ujian
    ~
     pemeriksaan dan pengukuran
    ~
     dapatan atau tindakan


Tujuan
  • Pengujian:Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.
  • Pentaksiran;Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.
  • Penilaian:Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.


Kegunaan
  • Pengujian:Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
  • Pentaksiran:Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.
  • Penilaian;Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.
Bentuk
  • Pengujian:Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis
  • Pentaksiran:Ujian bertulis dengan markah dan gred.
  • Penilaian:Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.
Masa
  • Pengujian:Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.
  • Pentaksiran:Selepas beberapa pelajaran.
  • Penilaian:Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.
Proses pelaksanaan
  • Pengujian:1. Persediaan ujian2. Pentadbiran
    3.
    Pemeriksaan.

  • Pentaksiran:
    1.
    Proses pengujian
    2.
    Merekod markah atau gred
  • Penilaian:
    1.
    Proses pengukuran
    2.
    Proses penganalisisan
    3.
    Proses interprestasi
    4.
    Melapor
    5.
    Tindakan