BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

interaksi 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENGENALAN
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar( Wiggins, 1989).

CIRI-CIRI PROJEK
• Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik)
• Menggunakan jangka panjang.
• Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
• Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar.
• Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif: -membuat / menyediakan projek -kumpulan koperatif
• Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan.
• Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
• Peluang menilai pelajar dalam:
-kreativiti
-kemahiran merancang
-integrasi pengetahuan
-kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

• Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
• Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
• Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
• Aktiviti yang bermakna

PENILAIAN PROJEK DAPAT:
• mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar.
• Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
• Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

JENIS-JENIS PROJEK
• Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis ( main peranan).
• Extended tasks assignment – menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
• Portfolio – koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
• Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

0 comments: