BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

interaksi 10: PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

FORUM:
-sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.-dijalankan secara formal. -teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a)pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b)meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
-tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar-soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT:
-pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.-terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.-huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.-setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.-pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya. -sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO:
-huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. -pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. -hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN:
-Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.-Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji. -Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.-Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”. -Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan-Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. -Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK:-Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair. -Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.-Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.-Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH:-Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. -Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.-Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.-antara jenis-jenis ceramah ialah :- i) Ceramah agamaii) Ceramah pendidikaniii) Ceramah kesihataniv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN:
-Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :(a) Kata alu-aluan/pendahuluan(b) Kata-kata penghadapan(c) Isi(d) Penutup
-Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.-Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan. -Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

Peringkat / Langkah Kemahiran:
1)Persediaan-Memahami tajuk dan kehendak soalan-Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan-Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan -Menulis perenggan pendahuluan-Mengembangkan isi-isi secara tersusun-Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan -Menyemak ejaan dan tanda baca-Menyemak tatabahasa-Menyemak jumlah perkataan


0 comments: